Skip to main content

Kelebihan Mediasi

Mediasi merupakan suatu alternatif penyelesaian kes yang tidak melalui proses perbicaraan penuh. Ia menawarkan faedah-faedah seperti yang berikut:

 

  1. Perkhidmatan mediasi adalah percuma;
  2. Mediator terdiri daripada Hakim dan Pegawai Kehakiman yang mempunyai pengalaman dan berpengetahuan;
  3. Tiada pihak yang kalah kerana penyelesaian dicapai secara sukarela (Win-win situation);
  4. Perjanjian penyelesaian juga mengikat pihak-pihak mengikut undang-undang kontrak;
  5. Mediasi menjimatkan masa;
  6. Proses mediasi adalah tidak formal dan fleksibel. Pihakpihak lebih selesa untuk berbincang;
  7. Mediasi membolehkan pihakpihak menyelesaikan pertikaian secara baik/muafakat dan memberi peluang kepada pihak-pihak untuk menjelaskan keadaan masing-masing;
  8. Fasiliti di pusat mediasi seperti bilik mediasi dan bilik kaukus memberikan keselesaan kepada pihak-pihak untuk berunding dengan selesa dan mengurangkan perasaan risau untuk hadir ke mahkamah terbuka;
  9. Mediasi adalah sulit dan efektif dalam menjaga nama baik seseorang, perniagaan dll.